DASAR KOKURIKULUM


DASAR 1: TENAGA PENGAJAR

  • Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran guru penasihat.

  • Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut:
    • persatuan
    • beruniform
    • sukan dan permainan
    • satu murid satu sukan
  • Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan seperti berikut:
    • menggubal perlembagaan
    • melantik jawatankuasa
    • merekod kehadiran pelajar
    • melaksanakan aktiviti harian
    • membuat penilaian
    • menyediakan laporan

DASAR 2: PENYERTAAN PELAJAR
  • Semua pelajar tahap 2 dimestikan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut:
    • persatuan
    • beruniform
    • sukan dan permainan
    • satu murid satu sukan

  • Semua pelajar diberi kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan kegiatan-kegiatan yang ditawarkan oleh sekolah.
DASAR 3: PENJADUALAN KEGIATAN
  • Kegiatan beruniform dan persatuan dijalankan pada

    • Setiap petang Rabu secara bergilir.
  • Kegiatan sukan dan permainan, serta 1Murid 1Sukan di bawah pengawasan penyelaras masing-masing.
  • Kegiatan hanya boleh dibatalkan atas sebab-sebab berikut:
    • cuaca buruk
    • ada aktiviti besar berlangsung di sekolah
    • atas arahan/kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum sahaja.

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH
  • Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan di peringkat zon atau MSSD perlu persiapan awal dan sedia untuk bertanding.
  • Setiap pasukan yang bertanding di peringkat zon perlu mensasarkan perlu layak ke separuh akhir.

  • Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar yang tertinggi melalui latihan yang bersistematik, kelengkapan yang sempurna, pertandingan dalaman, penyertaan yang aktif.

DASAR 5: PENGHARGAAN
  • Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk
    • barangan atau wang tunai
    • sijil penghargaan sekolah
  • Mewujudkan anugerah khas atlit harapan kepada pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum
  •  Mewujudkan anugerah khas guru cemerlang kokurikulum dan guru cemerlang sukan.

No comments:

Post a Comment